saya dah jarang tengok wayang. saya bukan lagi kaki wayang macam sebelum ni. pantang ade je movie baru keluar, saya terus zasss macam kilat pergi tengok. silap2 boleh jadi duta tgv ke, gsc ke kan? ataupun saya boleh jadi pengacara kaki wayang, buat review movie yang terbaru. ngeh ! tapi saya masih ade keinginan nak tengok movie The Last Airbender. betul ke ejaan ni ?
saya jugak dah jarang keluar malam2, pegi lepak minum kat mamak. jarang keluar hari minggu untuk shoping. jarang lepak dengan kawan2, bergosip2 mengalahkan mulut laser di era, bergelak2 sampai satu kampung rasanye boleh dengar, lepak kedai mamak sampai sambung 3-4 meja mengalahkan meeting ahli politik. hihi.
saya pun dah jarang pegi shoping bila dapat gaji. saya sendiri pn dah tak tahu ape yang saya nak beli ye ? sekarang dah ade blog shoppe. itu yang lebih menarik perhatian jiwa nurani saya ni kot. urgh ! ini yang tak boleh tahan bile tengok blog shoppe ni. tapi saya masih mampu tahan nafsu saya ni untuk shoping.
saya jugak dah jarang ada masa bersama dengan shah ehsan. kesian dia kan ? tak macam pasangan yang lain. sebelum hari sabtu je, dah planning nak pegi dating kat mane, nak tengok wayang cite ape, nak shoping kat mane, nak makan kat mane. dah lame tak tengok wayang dengan shah ehsan. wuu. tapi saya tak jeles pun tengok kawan2 saya berdating dengan pasangan dorang setiap hari ke, setiap minggu ke. saya cool. haha. sila perasan. jauh dimata dekat di hati. =D
kawan2 saya mesti ingat saya dah sombong. sebab saya dah jarang lepak same2. siap ade sorang kawan panggil saya dengan panggilan SOM tau ! sabo jela. haha. macam MAK SOM pulak. tak pun NEK SOM kan. tapi panggilan nama SOM tu bermakna SOM-BONG ! haha. dia sungguh kreatif cipta name baru untuk saya.
tapi saya tahu, die faham saya busy bekerja. itula sebabnye kenapa saya dah jarang buat sume benda yang saya slalu buat dulu. saya sangat busy kerja. tiba2 saya jadi workaholic gila ! okay, lepas ni saya bersedia untuk ade nama baru pulak ;p
umur 25 tahun adalah masa untuk mengumpul duit ! yaa ! saya semangat nak kumpul duit ni. semangat, tolongla kekal dalam hati saya.
Shah Ehsan, Aishah Sankhari, Nana Nera, Zainaton Nazarah, Rashdan Salleh, Shah Ahmad, Syed Yunus, Khairul Rijalman, Noorasri Din dan sume kawan2 yang sangat baik dan berhati mulia, saya nak belanja kamu sume makan besar la nanti. betul ni ! mintak maaf sebab agak busy bekerja sekarang. harap dimaafkan. err, ade lagi tak nama yang tertinggal. otak agak kurang cergas malam2 macam ni.
macam ucapan maaf kat kad hari raya pulak. hihi.
lagu untuk korang sume ;)
dah macam luahan hati je. layaannn..
bye
note : congratulations in advance for adan utk konvo die ! siap dah tuka gamba profile fesbuk dah ha. lengkap berjubah walaupun konvo nye minggu depan.
No comments:
Post a Comment
jom komen