20100313

:: Oh Lelaki! ::


typical question kat sorang pompuan dari sape2 lah kan.


" ape ciri-ciri lelaki pilihan kamu? "

typical answer dari sorang pompuan utk soalan tadi..

" yg hensem, yang tinggi, yg kaya lah..itu lah ini lah kan? "

typical characteristics lelaki yg menjadi idaman wanita........


Sabar

Lelaki yang panas baran, ringan mulut mengeluarkan kata-kata kasar dan kurang manis mudah mencalarkan jiwa lembut wanita. Mereka yang sabar dalam menghadapi sebarang keadaan dan sentiasa tenang menimbulkan rasa kagum wanita pada lelaki begini.


Cekap

Sentiasa teratur dan cekap dalam setiap tugasan bukan sahaja ciri-ciri wanita tetapi ia juga menjadi tarikan untuk lelaki. Kecekapan menggambarkan nilai dirinya yang siap sedia, terancang dan tidak kelam - kabut. Bagi wanita yang dapat mendampingi lelaki begini adalah bonus untuknya.


Penyayang

Berjiwa penyayang adalah kecenderungan melindungi diri dan orang lain daripada perkara yang tidak disukainya. Wanita dapat merasai kasih sayang yang lahir daripada jiwa lelaki yang menghormati ibu bapa dan orang lain. Selain itu lelaki yang melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan memerlukan perasaan penyayang untuk mendekati orang lain.


Mudah Mesra

Sikap lelaki yang mudah mesra membuatkan wanita mudah mendampinginya dan cuba mengenalinya dengan lebih dekat. Sikap serius dengan wajah tanpa senyuman hanya menjarakkan mereka.


Tegas

Ketegasan tidak bermaksud menyatakan sesuatu dengan suara yang lantang ataupun meninggi. Jauh sekali menggambarkan sifat orang yang degil dan tidak mahu beralah. Ketegasan yang membuatkan wanita cenderung kepada lelaki adalah ketegasan berasas, tidak mudah goyah, tetap pendirian dan jelas dengan apa yang dipegangnya.


Beragama

Lelaki mencari wanita beragama supaya mudah baginya menjaga dirinya semasa berjauhan. Wanita cenderung kepada lelaki yang mempunyai agama sebagai pembimbing. Bukti mudah kita dapat selak mana-mana akhbar dan majalah hiburan, apabila ditanya lelaki bagaimana yang diingini. Jawapannya pasti yang beriman dan ada didikan agama.


Peka

Wanita mudah terpaut pada lelaki yang peka dengan keadaanya, baik dalam keadaan ceria ataupun sebaliknya. Apabila lelaki dapat mengesan perbezaan emosi yang dialami oleh wanita, dia adalah seorang yang peka dengan keadaan. Ditambah lagi dengan sikap suka mendengar dan memberi pandangan membuatkan wanita itu berminat mendekatinya.


Kemas

Kekemasan dengan sedikit wangian ringan yang menyegarkan antara perkara awal yang menarik pandangan wanita, sesuai dengan fitrahnya suka melihat sesuatu yang bersih dan menarik. Bermula daripada kekemasan yang terpamer pada fizikal lelaki ia membawa kepada kecenderungan-kecenderungan lain selepasnya. Keadaan selekeh hanya memberi perspektif negative wanita padanya.


Jelas Pemikirannya

Lelaki yang keliru dan tidak jelas latar belakang hidupnya mudah ditolak oleh wanita. Tidak selamat bagi wanita apabila berhadapan dengan orang yang begini. Banyak perkara yang diragukan berkaitan dengan lelaki begini dan hanya menimbulkan kecurigaan pada wanita.


***************************************************************************

zaman skang, ade tak laki camni?? senang ke nak dapat sorang laki camni?? mungkin ada..tp susah utk dapat yg macam ni...

ade tak sorang laki yg sanggup berlari pegi kpd gf dia masa si gf menangis ada masalah walaupun di jarak jauh??
ade tak sorang laki yg sanggup bagi 12 kuntum bunga ros merah yg cantik sbg tanda cinta sayang?
ade tak sorang laki yg sanggup tgk gf dari jauh masa berselisih fahamm??
ade tak sorang laki yang sentiasa menjadi peneman kpd gf dia disaat gf memerlukan??
ade tak sorang laki yg takkan berputus asa utk memenangi hati sorang pompuan/ gf dia??
ade tak sorang laki yg sentiasa surprise kan sesuatu utk gf dia demi melihat gf dia gembira??
ade tak sorang laki yg sanggup uat ape je demi membahagiakan dan menggembirakan gf??
ada tak sorang laki yg sanggup curi masa sibuk kerja utk bersama dengan gf??
ada tak sorang laki yg sanggup hiaskan bilik penuh dengan bunga demi gf dia??
ade tak sorang laki yg sanggup terima sorang pompuan yg tak cantik, gemuk, pendek??
ade tak sorang laki yg tanpa malu tunjukkan kasih syg kpd gf dihadapan kwn2 nye walaupun di gf tak cantik??

ade takk macam ni zaman skang??



tu saje. bai

note : tak suka dengan lelaki yg suka berkira!

2 comments:

  1. alahai...perlu ke laki kasi 100% komitmen pada gf dia? dengan mudah lelaki boleh kasi alasan.
    ape kata tukar GF tu jadi isteri kan lebih realistik dan optismik dan bukannya lagi satu alasan~

    ReplyDelete
  2. sume 2 aku de...
    adkah aku lyak???

    ReplyDelete

jom komen