20100120

:: The Student Life. Best Sangaaat ::


umor dah 25 tahun. sila jangan cakap saya tua lagi boleh? baru 25 jek kot kan.

teringat zaman belajar nak tertonggeng untuk dapatkan segulung ijazah. blaja kat Unisel. duduk kat hulu banat boleh terjumpa beruk2 la, lembu dlm kawasan universiti tu tengah makan rumput la, macam2 ade.haha. tu la, dapat UPM pandai2 tolak. padan muka. sila la belaja duduk diam2 kat batang berjuntai tu. berkawan dengan beruk dan lembu yang ade.

student life best oke. bile time blaja, sume la tak saba nak keje la, malas nak bangun pagi pegi kelas la, malas nak buat assignment yang berlambak2. yg tau, enjoy jek sampai gila. dapat duit pt, bli yang tah pape punye barang. tak reti2 nak saving sket. bli hp yg mahal2, ribu ribu kan kan kan. macam biasa la. sape jek yg tak rambang mata dapat duit pnjaman ribu2, bile nak bayo balik, dah susah. padan muke.hujung sem duit dah abis shoping macam2. last2 mintak duit kat mak bapak.konfem!

masa waktu blaja, duduk jauh dr family. so mesti rasa macam bebas sket kan? leh kuar tengah2 malam la, pagi2 buta la, tak balik umah la, tido merata2 la. cube dduk ngan mak bapak tengok.haa, mesti kena marah. tak kena marah teruk pun, kena marah sket la sbb buat rumah macam hotel. nak balik ikut suka hati jek kan.

blaja penat tapi best. betul tak? nak siap kan assignment ingat senang ke? mesti nak sampai beratus2 muka surat. thesis jangan cakap la. smpai tak tido dibuatnye. nak betul kan itu la, ini lah. nak kena cari info gila2 babi punye susah. nak kena buat survey itu la ini lah. hadoi. pernah skali saya pikir, kan best kalo takde assignment. blaja jek pastu trus exam.hahahaha. malas nak buat assignment punye pasal. datang kelas ikut suka hati jek kadang2, nak lambat pun main hentam jek. kadang2 kot kena lecturer yang strict tu, tak dapat masuk la jawabnye kalo lambat, sbb pintu dah kena kunci. blajo dari luar jela. taknak blaja dari luar, balik hostel tido. konfem ramai yang macam tu.

student skang ramai yg pkai kete. termasuk la saya. abah saya ckp budak2 skang manja. ikut ape nak sume mak bapak kasi. nak kete? haaa hamik kete. pegi klas naik kete.kononnye dari rumah sewa atau hostel nak ke fakulti jauhh. malas nak jalan kaki. nanti penat.hahaha. ayat power nak mintak kete. paling class saya penah tengok student bawak evo pegi klas. oke bapak ko kaya kan. tapi naik kete pegi klas pun, rajin jugak montengnye. macam kena jalan kaki 5 km jek kan. bile ade kete, langkah makin la panjang. senang nak ke sana kemari. tak pyh pkir takde transpot dah. kete kan ade kan kawan2.

bile last semester, baru nak struggle gila sket. konon nak baiki pointer. nak dpt class degree yg power sket la. sape yg nak dapat degree klas 3 oi. penat jek kan. buat la betui2. bile dah kuar result, dalam hati "nyesalnye aku tak study betui2".hahaha. sape suruhhh malas? padan muka ekau!

bila dah abis zaman blaja,terasa rindu sangat dengan zaman tu. zaman nak bergelak sampai golek2 ngan kengkawan, nak lepak2 ngan kengkawan, nak kuar tak balik umah ngan kengkawan, nak study bagai nak mati ngan kengkawan, nak prepare utk exam smpai tak tido ngan kengkawan. macam2 la rindu masa blaja kan. bile mse blaja, teringin nak keje. nak pakai smart2, nak nmpak class and cool, nak ade duit sendiri. bile dah ade sume tu, rindu gila nak bergembira macam nak mampos ngan kwn2. best nye zaman blaja dulu kan?


ni mase semester bape tah saya pun tak hengat. masa nak kena siap kan projek marketing. oke susah gila. syarat kena ade income, kena buat baju, kena ade publisiti, kena masuk paper baru boleh lulus. nak kena siapkan itu ini susahnye. sampai tak tido hoke. tapi best gila. lecturer saya Prof Dr Norazah mmg cool. tu kat atas tu lecturer saya. cool kan? saya pun femes la kejap dapat masuk paper. hahaha. ntah mane pegi tah paper tu. ingat kan nak letak dlm frame, gantung kat rumah. tapi dah ilang kena bungkus nasik lemak kot


nak kena ade industrial visit jugak. dah name pun kos industrial management kan. tempat pilihan is kilang gardenia kat shah alam. kilang roti. dapat pun mestila roti. makan atas bas on the way balik.hahaha. tak pyg bli mknan, dah dapat roti free. banyak pulak tu. siap bagi kat orang lain lagi.hahaha.


masa bersukaria.hahaha. lepak sane, lepak sini, kuar tengah2 malam. pegi laut mlm2 walaupun takde org pegi, enjoy sane, enjoy sni, macam2 la kan. bese la. student mane nak melekat kat umah kan. mesti nak merayaaaap jek kejenye. macam dah takde keje lain dah. baik duk umah baca buku macam kata mak saya. saya jawab "ilek la mak, muda lagi". bila dah dapat result mak cakap "tu la, merayap lagi!".ahaha. padan muka kena marah. sape suruh merayap macam nak mati esok dah?


yay dah graduate. kelas 2 saje. cukup lah tu. takleh terer sangat. kang mak abah mengembang menguncup pulak anak die pandai sangat. susah orang nak masuk minang nanti. 3 tahun berhempas pulas, bertunggang langgang nak habiskan blaja utk dapat degree. ho yeah! takde repeat, takde fail. ok la jugak. bajet nak cemerlang anugerah dekan ke. tapi otak dah terlalu pandai sangat, cepat sangat pickup lecturer ngajo, tu yg dapat dean list mse sem 1 jek.hahaha.

bestnye zaman blaja dlu. riang ria suka hati. kan best kalo ade pintu sukahati doraemon. boleh patah balik.hahaha

haa. jangan pertikaikan rupa saya ye. dulu n skang memang lain. dulu specky, gemok. hahah. skang dah kureng sket. prubahan sket la untuk diri sendiri jugak. jangan gelak sude. kalo nak gelak pun sket2 jek. jangan bg orang lain dengar oke? hehe.

tu saje. bai

note : post ni paling panjang kot. lebih dari 5 km kot rsenye. hargailah mse remaja. mse ni la boleh gila2. cool macam saya skang.hahaha. 25 tahun remaja ke? boleeeeh la.

5 comments:

  1. hahahaha~
    maybe kot.
    kite student lagik, tp selalu rs x sabar nk keje.
    tp keje stress kan?? x dpt lepak2. huhuhuhu!

    tp jadik student pon sama kurang gak besh! haish...

    ReplyDelete
  2. velasrizal : kos industrial management :) unisel gak ke?

    aisha : hahaha. bese la tu. time blaja, nak keje. time keje, nak patah balik. betoi..

    ReplyDelete
  3. haluuu..
    wahhh bestnya tengok gambar konvo...
    kite skrg tahun akhir..
    memang tak sabar nak keje!
    hahahah tp tu lah, bila dah keje t nak blaja balik pulak kan..biasa ah manusia..
    kwn2 smua sibuk pk pasal nak samb master..
    tapi kite xnak..yang penting nak keje! hahaha..
    dah benci tgk tesis ni..

    ReplyDelete
  4. rossoneri :.hahaha bese la. bile blaja tasaba nak keje, bile keje rse rindu nak patah balik. tak caya nti rse la bile dh keje nanti. gudluck tesis dear :D

    ReplyDelete

jom komen