20101102

. Tribute P.Ramlee .


hari ahad lepas kalau tak silap, ade konsert penghargaan P. Ramlee, dimana kan ku cari ganti. and sememang nye lah saya akan lekat jap kat karpet depan tv sebab nak tengok konsert tu. saya memang minat la P.Ramlee. pantang kalau ade cite2 allahyarham kat tv, konfem mesti tengok. kadang2 ade la jugak suara sumbang yang cakap "kamu ni atie, asik tengok cite ni je". tu semestinye suara adik saya kan. berebut kan nak tengok channel mane. haha.

ok, sambung cerita. konsert sume best. ramai artis nyanyi. lagu dah jadi nafas baru. and history pun best sangat. rasa macam nak nangis je. dah banyak la kite tau kan kisah sepanjang zaman P. Ramlee. sape yang tak tengok konsert dan history tu ? okay ruuuugi.

cantiknye nora danish. sketsa madu tiga. salleh yaakob ? sesssssuaii

merahnye mak ngah. mesti ade yang tiru stail ni nanti kan.


okay, lagu2 tribute sume dah jadi lain. dah diberi nafas baru. dah diolah. telinga saya sedap jek dengar. kalo feel betul2, tinggi2 macam kalah klcc, mesti boleh nangis. tapi mungkin sesetengah orang tak suke. alasannya, lagu2 yang diolah ni merosakkan originality lagu P.Ramlee yang asal. ade kan?


menyentuh perasaan oh. bila baca komen2 kat youtube, siap ade yang nangis.
betul ke ni ? ke auta saje? hihi



lirik ulang2. nape tak letak sume lirik ? irama lagu yuna pun ade?


cite P.Ramlee yang paling sedih rasanye cite Ibu Mertua ku. oh Kassim Selamat !

ok bye

note : takde artis dulu, takde la artis sekarang. ok, boleh jadi wartawan hiburan tak? hihi

20101028

. Sharing is Caring .


tiap2 malam mesti nak online facebook. hari ni tertarik hati dengan status ini, dari seorang kawan yang dirahsiakan namanye. karang tiba2 dia jadi femes kang, sape yang susaaahh? saya jugaak


Allah yang menentukan segalanya. Jodoh, rezeki, nasib, semua ketentuan Allah kan. kita sebagai manusia ni, bersyukur lah dengan apa yang kita ada. saya pon belajar teruk bagai nak rak, berhempas pulas, sanggup tak tido sebab stadi punya pasai, tapi alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki ni.

memang mula2 saya pon ade terfikir benda yang sama macam dia. siapa yang tanak hidup senang, kerja dengan gaji yang setimpal dengan kelayakan kita kan. tapi kalau dah ini rezeki yang ada, kita terima dengan hati yang rela. tak semua orang ditakdirkan hidup senang dengan masa yang singkat. sesetengah orang mungkin akan melalui sesuatu kesukaran sebelum mencapai sesuatu kesenangan. rezeki ada kat mana2 pon. yang penting bergantung pada usaha kita nak cari peluang yang lebih baik. habis tu, takkan nak mengharap je kalo tak berusaha. kalau usaha kita lebih, maknanye lebih la yang kita dapat. betul ? kalau tak betul, tolong betul kan la ye.

dengan kesukaran, ia akan mengajar kita untuk menghargai dan bersyukur. ramai lagi orang yang berpelajaran tinggi, tapi cuma bekerja sebagai atendan pam minyak. percaya ? sila lah percaya.

" Bila Allah makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu. bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu "



okay, hari ni saya jadi pakar motivasi pulak ye. sila panggil saya Doktor Atie ye. hihi.

bye

note : Dear miss J, i dunno if u read this. jangan sedih2 lagi. nak kawen kena happy sentiasa =)

20101027

. Dato' Sheikh Muzaffar oh .


masa live kat tv, tak dapat tengok. skang baru dpt tengok thru the video. skang trend org buat video kawen kan


Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Datin Dr. Halina Yunos - The Astronaut's Wedding from Saiful Nang on Vimeo.

die hard fans astranaut ni, Nurul Huda Yaakob mesti hempas2 kaki sambil tutup muka kalo tengok video ni kan. hahaha. tolong la jangan macam tu wahai huda ku. =p


ok bye.

note : seronok tengok kawan2 ramai dah kawen, and nak kawen :)

20100930

. berkawan biar berjuta juta .


sape yang takde kawan, dorang boleh dikategorikan sebagai kera sumbang. tapi, ade ke orang yang tak berkawan ni ? yang duduk kat hutan kot. saya ade raaaaamai kawan kawan. mula dari sebelum tadika lagi, berkawan dengan jiran2 yang sebaya. kemudian kawan2 tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, sampai la masuk universiti. ramai kawan2. bila dah ramai kawan2 dari awal, ramai jugak la yang terpisah. bila dah besar, sume bawak haluan masing2. tup tup, dah kawen pun. dah ade anak2. dah keje besar2. dah pakai kete besar. dah jadi artis. pendek kata, macam2 ada. macam astro jugak.

kawan, adalah seorang yang akan berkongsi suka dan duka kita, seorang pendengar yang setia, seorang yang akan sentiasa menyokong dalam keadaan susah dan senang, seorang yang akan menjaga hati kawannya. tapi ade ke kawan yang macam tu sekarang ? sekarang zaman kawan main tikam2 belakang. kawan kutuk kawan. kawan gadoh ngan kawan pasal pompuan, atau pasal berebut lelaki. kawan gado gado pasal boyfren atau girlfren. ei. jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. tak semua orang macam tu. kalo ade yang macam tu, biarkan saje.

hari ni saya nak cakap pasal kawan saya.



ha. ini gamba lame ye kawan2. gamba mase skolah menengah dulu ye. dulu mase skolah ni, ade kawan2 cakap muka saye macam cine. bile senyum, mata sepet. takde maknanye. mata sepet sebab tenggelam je, pipi tembam sangat dah macam buah epal. eh, eh. kebetulan pulak dalam setiap gambo ni, saya duk sebelah die pulaaak. okay kebetulan sahaja disitu.

nama die Mira Azuani. die gf kepada kawan saya jugak. maknanye tak available la tu kan. die adalah orang yang dengar tangisan saya masa saya frust menonggeng dulu. jasamu akan dikenang. nice person and totally lovable, there she is. nak tau yang mane die ? yang senyuman paling lebaarr skali. and 2 pasang gigi depan yang macam rabbit. eh, lebih kurang dengan saya. bezanye saye punye gigi rabbit ter'kedepan sikit. die punye gigi rabbit sama rata dengan gigi yang lain2. hahaha.

peristiwa yang masih ingat lagi. die bawak moto. saya dibelakang. die bawak agak laju. bile ade kereta nak belok, die brek. sampai bunyi jugakla tayar belakang tu. wuhuu. takuttt woo. takut. haha. bila ingat balik, senyum sorang2. kadang2 senyum saje, tapi kadang2 terus gelak. tapi bukan gila okay.

tadaaaaa ! surprise surprise !

kek panda di hari jadi yang ke 25. tapi tak macam panda pun. hihi. jadi le ade rupe sikit2 pun kan. lunch hour, pegi beli kek. then pegi opis die hantarkan kek. so, die lunch dengan kek la kot.

Happy birthday sweetheart Mira Azuani. May all ur wishes come true. <3

tu saje. bye

note : kawan sejati susah nak cari. sayangilah kawan2 andaaa =)

20100808

.only fools never change their mind.



adat manusia biasa.

bila kite salah, orang akan sentiasa ingat melekat kat otak macam pakai gam gajah. salah entah ape punye salah. besar ke, kecik ke, mesti nak ingat sampai bila2 macam dah salah bunuh mak kau pulak kan ? macam lah kau tu baik sangat, perfect, and takde salah langsung walau sebesar tacik cicak. okay la tu tahik cicak kecik je kan ?

tapi bile kite yang banyak tolong dia , membabitkan duit yang beribu2 lemon masam , sebesar tahik cicak pun dia tak ingat. masa nak mintak tolong, ayat yang keluar dari usus perut, membawa ke mulut punye la wangi , manis nak mampos. tapi lame2, langsung tak diingat. disalahkan kita lagi ade la. then siap nak kutuk2 belakang lagi. nevermind. kau sila lah ganti duit yang beribu2 tu sorang2. tak pun pinjam la kat orang lain pulak. okay ?

saya benci orang macam ni. tapi pikirkan zaman sekarang keadaan tu memang dah jadi biasa pun. kan ? zaman dah canggih. sedangkan family sendiri pun boleh dibuang dengan senang hatinye skang, ape lagi kawan kan ? betul tak ? ramai je kawan yang menggunakan kelebihan kawan utk kesenangan sendiri. bila kawan senang, boleh la nak mintak tolong dengan senang. bila diri sendiri dah senang, boleh la nak membuang, nak mengutuk, nak memfitnah kawan yang menolong.

kawanmakankawan.kawanbuangkawan.kawanfitnahkawan.kawankutukkawan.kawantakhargaikawan.

pendek kata semua la pasal kawan yang macam hahahampeh ! bile susah, pandai pulak nak mintak tolong orang. bila senang, dah jadi sombong, hidung tinggi macam bagus sangat, macam dah dapat jadi menteri dah. alahai !

bukan nye sampai bila2 kau akan hidup senang, kau akan hidup happy. okay ? setakat nak berlagak dengan barang yg bukan kuar dari duit kau, takkan lame sangat pun. lame2 hancur la tu. Tuhan tu kan Maha Adil.

lepas ni, jangan la baik hati sangat dengan kawan. kadang2 kena jugak bertegas. kalau sampai nak buang kawan, biarkan saje. semoga dia berbahagia.


semua orang pun ada buat salah, walau sebesar tahik cicak pun. okay ?

bai

note : siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. =)

20100731

SOM - BONG


saya dah jarang tengok wayang. saya bukan lagi kaki wayang macam sebelum ni. pantang ade je movie baru keluar, saya terus zasss macam kilat pergi tengok. silap2 boleh jadi duta tgv ke, gsc ke kan? ataupun saya boleh jadi pengacara kaki wayang, buat review movie yang terbaru. ngeh ! tapi saya masih ade keinginan nak tengok movie The Last Airbender. betul ke ejaan ni ?

saya jugak dah jarang keluar malam2, pegi lepak minum kat mamak. jarang keluar hari minggu untuk shoping. jarang lepak dengan kawan2, bergosip2 mengalahkan mulut laser di era, bergelak2 sampai satu kampung rasanye boleh dengar, lepak kedai mamak sampai sambung 3-4 meja mengalahkan meeting ahli politik. hihi.

saya pun dah jarang pegi shoping bila dapat gaji. saya sendiri pn dah tak tahu ape yang saya nak beli ye ? sekarang dah ade blog shoppe. itu yang lebih menarik perhatian jiwa nurani saya ni kot. urgh ! ini yang tak boleh tahan bile tengok blog shoppe ni. tapi saya masih mampu tahan nafsu saya ni untuk shoping.

saya jugak dah jarang ada masa bersama dengan shah ehsan. kesian dia kan ? tak macam pasangan yang lain. sebelum hari sabtu je, dah planning nak pegi dating kat mane, nak tengok wayang cite ape, nak shoping kat mane, nak makan kat mane. dah lame tak tengok wayang dengan shah ehsan. wuu. tapi saya tak jeles pun tengok kawan2 saya berdating dengan pasangan dorang setiap hari ke, setiap minggu ke. saya cool. haha. sila perasan. jauh dimata dekat di hati. =D

kawan2 saya mesti ingat saya dah sombong. sebab saya dah jarang lepak same2. siap ade sorang kawan panggil saya dengan panggilan SOM tau ! sabo jela. haha. macam MAK SOM pulak. tak pun NEK SOM kan. tapi panggilan nama SOM tu bermakna SOM-BONG ! haha. dia sungguh kreatif cipta name baru untuk saya.

tapi saya tahu, die faham saya busy bekerja. itula sebabnye kenapa saya dah jarang buat sume benda yang saya slalu buat dulu. saya sangat busy kerja. tiba2 saya jadi workaholic gila ! okay, lepas ni saya bersedia untuk ade nama baru pulak ;p

umur 25 tahun adalah masa untuk mengumpul duit ! yaa ! saya semangat nak kumpul duit ni. semangat, tolongla kekal dalam hati saya.

Shah Ehsan, Aishah Sankhari, Nana Nera, Zainaton Nazarah, Rashdan Salleh, Shah Ahmad, Syed Yunus, Khairul Rijalman, Noorasri Din dan sume kawan2 yang sangat baik dan berhati mulia, saya nak belanja kamu sume makan besar la nanti. betul ni ! mintak maaf sebab agak busy bekerja sekarang. harap dimaafkan. err, ade lagi tak nama yang tertinggal. otak agak kurang cergas malam2 macam ni.

macam ucapan maaf kat kad hari raya pulak. hihi.




lagu untuk korang sume ;)

dah macam luahan hati je. layaannn..

bye

note : congratulations in advance for adan utk konvo die ! siap dah tuka gamba profile fesbuk dah ha. lengkap berjubah walaupun konvo nye minggu depan.

20100727

Say What U Need To Say


pecaya atau tidak yang saya dah tengok cite Karate Kid sebanyak 10 kali ? atau lebih. pecaya ?

okay saya dah jatuh hati dengan KungFu. rasa nak blaja kungfu. nak pusing2, nak pukul2 orang yang buli, kurang aja ngan saya. haha. ganas ?




dan, saya tak jemu dengar lagu ni berulang2 kali. nasib baik tak pekak lagi kan ? saya dah jatuh cinta dengan suara John Mayer ni lah. macam mana ni ? =)

tu saje.bye

note : can i have my wishlist a month before my birthday ?

20100715

Harga Minyak Naik ? Okay Fine.


lepas ambik lesen kete masa umor 17 tahun dulu, trus bawak kete auto. masa tu tak dapat kete lagi. tapi ade kete kakak la kan. gune jela.

sampai la bile dah ade kete sendiri, and still auto jugak. tak penah bawak manual. lupa trus macam mana nak bawak kete manual. hihi. loser ke ?

arini dengan yakinnye saya dah menggerakkan kete manual. dah 2 hari dah. okay jugak. rasa excited. alah, excited la kan sebab dah berkurun lame la kan tak bawak manual. tiba2 rasa nak beli kete manual jek. 0_o




saje nak buat link. malas nak print screen berita terkini hiburan sensasi tu. sebab nye berita panjang .

okay minyak naik 5 sen ? baru jek berpikir2 nak pakai kete manual lak pasni. tujuannye nak save minyak. mane la tau tiba2 minyak naik macam tahun2 lepas kan. tup tup dah memang naik dah. 5 sen jek ?

5 sen je ? eh, banyak liter jugak tu. ngeh ! nampaknye impian main2 nak pakai kete manual ni memang kena serius ni. memang nak kena pakai kete manual yang mini la pasni. kot2 naik banyak pulak. camne ?

okay gula pun naik. tong gas pun naik jugak ! aiyoooooo.

pasni minum air suam jela. takde gula. sihat pun sihat. kat kedai mamak pun free. pegi keje naik basikal jek. boleh exercise sikit. jadi makin sihat. kurus pomboley. amacam ?

ade tak sesape yang mempunyai otak yang terlebih kreatif yang boleh cipta basikal yang ade payung besar ? takde la kena hujan dan panas terik. boleh ?

tu saje.

bye

note : kete besar simpan utk long distance. yg dalam kawasan sewaktu dengannye, viva okay tak ?