20111110

.Calaqisya Fans.

punye la lame saya tak apdate blog. sampai kan url blog kat info facebook saye pun dah diremovekan dengan selamat. takde idea weh. takde idea nak tulis ape. kadang2 bila kat tempat keje, ade ideanye. bile balik umah, idea hilang POP ! macam tu je.

asik bace blog orang je. mane tahaaaan. hari ni nak jugak tulis blog. bio le follower menten cipuuut je. mak tetaaap nak tulis.

*************



sampai jusco, trus mintak encik tunang tangkap kan gamba ni. haha motif? pasai bile balik rumah nanti boleh terus post kan kat instagram. boleh tunjuk kat owner calaqisya yang dress cantik mereka ni digayakan oleh saye. hihik !



tadaaaaa. gamba ai di album calaqisya. itu dari instagram saya. sape ade instagram?? angkat kaki. cepat2 follow.


ok tata !

20110805

SHARING IS CARING. PLEASE READ


Assalamualaikum.

Rasanye masih belom terlambat utk saya ucapkan Selamat Berpuasa utk semua reader yang beragama Islam. (itupun kalau ada). Dah berkurun lame tak berblog. blog saye ni pun entah ape jadi pun tak tahu la. Faktor mase yg buatkan saye jadi jarang gile tulis blog. walaupun kadang2 rse teringin nak tulis itu, ini, tapi end up tak jadi.

Tapi utk kali ni, terdetik di hati saye nak share 1 cerita. Bukan rekaan. orang kata sharing is caring right.

***************

kelmarin saye dapat 1 emel di ofis. bukan emel pasal kerja. tapi emel dari kawan2 kerja, forward sane sini. sedih hati cerita tu, rase nak tahu lebih lanjut. dlm emel itu, ade disertakan skali link blog kalau nak tahu lebih lanjut. balik kerja saye trus bukak blog tu, and bace semua kisah seorang insan yang kurang bernasib baik.

blog itu kepunyaan seorang wanita (Kak Moon). selain cakap2 pasal perjalanan hidup die, ade jugak terselit kisah sedih adik iparnya yang bernama Norma. Norma berkahwin dengan Talib. (Talib ini adik kepada husband Kak Moon). Norma ni cantik, manis sangat. memang manis. Norma and Talib kahwin last year. tapi berjauhan since Norma mengajar di Pontian, Talib pulak kerja dia Balakong. tak lama lepas itu Norma pregnant. alhamdulillah.


siapa tahu Tuhan nak menguji hambaNya dengan dugaan yang berat. Norma disahkan menghidap Brain Cancer stage 4. Keadaan Norma bertambah kritikal lepas Norma bersalin.

setakat hari ni, Norma dah menjalani 5 kali pembedahan. Tetapi tumor di otak Norma semakin aggresive. bukan semakin mengecil. Tumor itu berada hampir di saraf tunjang otak Norma. Even doktor sendiri tak pernah berjumpa dengan kes macam ini. Kesian Norma.

Di sudut lain, Norma beruntung ada keluarga, suami, dan keluarga mentua yang sangat penyayang dan sentiasa berada disisi Norma.

Anak Norma, namanya Rafiq. sejak dilahirkan sehingga sekarang belum lagi dapat merasai susu ibunya. dan Norma belum dapat peluang untuk menjaga anaknya sendiri disebabkan keadaan Norma yang sangat lemah. Ya Allah, menitis air mata saya bila baca kisah Norma.


Banyak lagi kisah Norma dan Talib di blog Kak Moon. Siapa tahu melalui blog saya yang tak seberapa ni sedikit sebanyak dapat membantu Norma dan keluarga. Semoga Allah permudahkan kehidupan mereka berdua. sekarang ini masa mereka, siapa tahu bila2 hari kita pulak. Dugaan Allah datang dengan berbagai cara.

***************

Kisah hidup Norma hampir sama dengan cerita 1 Litre of Tears. pada sesiapa yang pernah tengok mungkin tahu.


20110224

. Mari Kapkek sedap dan Shoping


assalamualaikum semua !

beberapa hari ni saya telah berjaya mengawal nafsu serakah shoping saya. demi untuk menyelamatkan jumlah kewangan saya yang semakin sikit. itu ini nak beli. tengok blogshop macam2, semua nak. "nak begggg! nak baaaaju! nak aksesoriii! nak tudunggg!" semuanya nak. pantang tengok yang cantik disertakan dengan gaya model yang agak cool, oh menduga sungguh !

saya sambil tersenyum simpul gatai menghenyam nye nak share link blogshop yg masih baru. tapi saya sangaaaat suka!


-RAINBOW OVEN-

cuci mata dengan gamba2 dulu la ye?

vanilla choc chip cuppies

rainbow

blueberry cheese tart

moist chocolate cake

vanilla choc chip

red velvet


indah je name blogshop die. actually, blogshop kapkek ni baru je dipublish. mencuba nasib dan tak mensia2kan bakat yang ada kan? tapi kek yang dibuat meeemang sedap !

tempahan boleh dibuat kepada cik Nurul Huda. ataupun kot2 la cik Huda ni boleh bagi sample kat pelanggan2 baru kan. =)

***************

- SETEM CLOSET-

mari kita cuci cuci services dulu. eh, cuci cuci mata daa.


logo yg sungguh kiut !


setiap gamba barang2 baru yg diupload semuanya macam setem. kiut giteww.

blog ni jual baju2, beg2, dan aksesori. cantik dan kualiti yang baaagus sangat. andddd also the layanan, is superb! anda boleh like di SINI. oh aaaannnd ! team setem ni akan mengadakan bazar di Subang Parade pada Sabtu dan ahad ini. dialu2kan untuk singgah dan berjumpa dengan tokey nye yang kiut dan baik. so sad tak dapat datang disebabkan saya di ipoh. wuu.


okay selesai sesi shoping menyopping. nak kumpul duit balik, and shoooping lagi !


assalamualaikum semua !


note : shopping is a best therapy ? seronok !

20110222

. Rindu Setengah Mati .


kawan saya cakap saya jiwang mase saya letak link video ni kat you tube. ala, sekali skale berjiwang tak salah. rileks kan telinga kan? oh. tapi main point is not pasal jiwang. tapi pasal kesempurnaaan manusia.




tersentuh. suara dia sangat merdu.

itulah, kata orang dimana ada kekurangan, disitu la tersembunyi kelebihannya. =)

assalamualaikum semua !


note : bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberiNya. =)

20110209

. Post Mortem .


dah lama tak update. sampai pernah terlupa saya ada blog rupanya. terrrrlalu lalu lalu bz macam perdana menteri. alhamdulillah murah rezeki. saya seronok !

merujuk kepada entri INI. kawan tercantik saya dengan rasminya dah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati, dan jugak merangkap kawan saya.


cantik dan padan !


hijau kaler kegemaran sepanjang zaman die. berbaju hijau dan berhantaran hijau. berhantaran ? bedal aje lah.

ade kawan yang dah kawin. sehari sebelum pertunangan ni. tapi terlalu penat untuk upload gamba. anggap saje la ini adalah entry express. oh ramai yang dah kawin rupanya. dah kawin, dah bertunang, dah ada anak lagi advance. laaaaa, dah 26 tahun rupanya saya tahun ni ye? ingatkan muda lagi. patut la ada kawan2 yang dah ada anak 2 orang. hik !

err. jangan la tanye bile saya nak kawin, nak tunang. sebab nyeee...saya akan jawab "TARAF HIDUP YANG TINGGI PADA MASA KINI MENYEBABKAN RAMAI ORG LAMBAT KAHWIN". terima kasih Teha atas kenyataan facebook anda. betul kan? kan kan?


jumpa lagi. assalamualaikum semua !

20101129

. Senyum sendirian tandanya gembira .


9 October 2010. saya, Shah Ehsan, mak shah ehsan tengah lepak2 tengok tv kat rumah Shah Ehsan. tengah elok2 lepak tengok tv tu, tiba2 mak die panggil adik die. "abby, mak nak keluar, nak pegi kedai emas". abby pulak jawab "nak buat ape?". mak die jawab "mak nak pegi betulkan gelang, kemek dah". okay saya dengarkan aje la perbualan 2 beranak.

setengah jam pastu, kitaorang pun keluar pegi kedai emas. saya dengan selamber nye buat hal sendiri. tengok2 barang yang ada. Shah Ehsan, mak die and adik die tu tengok2 cincin. saya pulak tengok2 gelang. tiba2 tengah syok2 tengok gelang, Shah Ehsan panggil saya.

Shah Ehsan : atie, meh sini jap
Saya : nape?
Shah Ehsan : try cincin ni jap
Saya : *sambil mencuba*. nak buat ape? untuk sape ni?
Shah Ehsan : untuk kamu la
Saya : hah? nak buat ape tibe2 beli cincin?
Shah Ehsan : sudi tak kawen ngan aku? minggu depan mak datang merisik ye. *sambil menunjukkan cincin pilihan*
Saya : *terkejut, gembira dan tersenyum* kenapa baru nak bagitau? nape mgu depan?
Shah Ehsan : saje nak bagi surprise. sempena birthday saya.
Saya : *tersenyum* my man full with surprises :)


18 October 2010. satu mesej saya terima dari Shah Ehsan sementara menunggu perbincangan habis.

" Ya Allah, mintak2 semuanya dipermudahkan. Amin"

saya tersenyum sendiri tapi tangan menggeletar dan hati dup dap dup dap. mengalahkan orang yang nak akad nikah dah kan. hihi.


*********************

tahun ni umo 25 tahun. tahun depan 26 tahun. lepas tu masuk 27 tahun pulak kan. dah boleh kawin daaaah *kenyit2 mata*

kata orang, kalo nak cari pasangan, carilah seseorang yang menyayangi diri kite lebih daripada kite menyayangi die. supaya nanti die akan ada dengan kite susah dan senang, menjaga kite dikala sakit ataupun sihat. cewah, sekarang musim exam SPM, ayat pun dah macam student exam

and for that, thank you for loving me to infinity Shah Ehsan =)



ape kat dalam ni? =p

bye

note : setiap yang terjadi ada hikmahnya and now i'm smiling. :)

20101111

. Women Power .


dulu masa sekolah rendah cikgu pernah suruh murid2 tulis atas satu kertas rekod. dah tak ingat kertas tu kaler ape. cikgu suruh tulis 3 jenis pekerjaan yang anda inginkan. okay saya tak ingat ketiga2 jenis pekerjaan tu. yang saya ingat saya nak jadi cikgu. mane tidaknye, dalam kelas asik dengar suara cikgu, tengok muka cikgu, ikut cakap cikgu, sume pasal cikgu. so tulis jela nak jadi cikgu kan. hihi. ade yang tulis nak jadi polis la, bomba la, usahawan la. rasenye mase tu waktu darjah satu kot. korang pernah tak cikgu korang suruh korang tulis benda yang same mase skolah rendah dulu ?? tak penah ? okay tak best.

kalo cikgu skolah saya jumpa saya, and masih cam saya, agak2 nye la kan, cikgu saya tu berbangga tak dengan saya? yang pasti cikgu akan terkejut dengan fizikal saya yang siiiiiiiihat sungguh. jangan kan cikgu, kawan2 pun mesti terkejut jugaklah. konfem

okaylah, nak cerita. sekarang saya tak dapat jadi cikgu. sebab kalo nak jadi cikgu, kena masuk maktab la, kena amik kos pendidikan la kan? saya tak amik pun kos tu. sekarang saya kerja biasa2 saje. cukupla untuk membuatkan mak ayah berbangga dengan saya. kerja memang penat kan. kerja mane yang tak penat. kalo tak buat ape2 keje pun, duk tido sepanjang hari pun mestila penat kan. saya kerja dari pukul 7 pagi sampai 6 petang. okay penat. balik waktu petang, saya tolong family bisnes pulak. malam baru saya sampai rumah. okay meeeemang penat. sangat penat. balik rumah dah tak ingat nak buat ape dah. nak makan and nak tido. walaupun badan saya sihat sungguh dari luaran, tapi asik lapar je. badan lenguh. tido lena syoknye. besok pagi awal2 dah kena bangun untuk keje lagi. okay, selagi belum tutup mata, kerja..kerja..kerja.

saya belum kawin lagi. belum ada anak pun. tinggal pun dengan family. baju2 mesin yang berkhidmat utk cuci. dengan keje je saya dah rase penat sangat. macam mana bila saya dah kawin nanti ? dah ada anak2 nanti ? dah ada suami untuk dijaga lagi. rumahtangga jugak. and jugak perlu bekerja. mampu ke? mampu?

perlu bangun pagi siapkan sarapan anak2 dan suami. perlu buat kerja2 rumah. perlu jaga anak kalo baru lepas bersalin. perlu siapkan makan suami pegi balik kerja. layan anak2 lagi. basuh baju, jemur baju, angkat baju, lipat baju. basuh pinggan, masak, sapu rumah, iron baju. banyaknyeeee?

okay tiba2 rasa macam cuak pulak nak kawin. walaupun kawin nye pun tak tahu bile. hihi


bukan senang nak jadi pompuan. sape cakap senang? "ala, pompuan. duduk je kat dapo, tunggu orang masuk minang". ewah ewahhhh.


okay mak saya bekerja. rupanya bukan senang nak cari rezeki disamping menjaga rumahtangga dan keluarga.

perempuan hebat tak?? hebaaaaat. sebab tu la perempuan patut disayangi lebih dari lelaki. =)




tiba2 teringat video cute ni. haha. pemes mamat ni. mesti mak dia bangga.




ok tu saje. perlu tido. esok bangun awal

bye

note : terbayang macam mana la penatnye menjaga sebuah keluarga

20101103

. Everything Happens for a reason .

Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there… to serve some sort of purpose, teach you a lesson or help figure out who you are or who you want to become. You never know who these people may be but you lock eyes with them, you know that very moment that they will affect your life in some profound way.

And sometimes things happen to you at the time that may seem horrible, painful and unfair, but in reflection you realize that without overcoming those obstacles you would never realize your potential, strength, will power or heart.


Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul.Without these small tests, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere safe and comfortable but dull and utterly pointless.


The people you meet affect your life. The successes and downfalls that you experience can create whom you are, and the bad experiences can be learned from. In fact they are probably the most poignant and important ones. If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.


If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but also because they are teaching you to love and open your heart and eyes to little things. Make every day count. Appreciate everything that you possibly can, for you may never experience it again.


Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, no one else will believe in you. Create your own life and then go out and live it..


thank you so much Nurul Huda Yaakob. and now i am smiling =)




bye


note : after all that i'm going through, i believe that everything happens for a reason. and now i'm smiling as wide as i can =D